Bahan- Bahan :
A) 500 gm cream cheese (Philadelphia)
30 gm butter
3/4 cawan gula kastor
6 biji kuning telur
1 cawan susu whipped cream / susu cair Ideal
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil (rata) baking powder
1 sudu kecil (rata) sodium bikarbonat
1 sudu besar essen vanila
2 sudu besar jus sunquick
B) 6 biji putih telur
1/4 cawan gula kastor
1 sudu kecil cream of tatar
Cara Penyediaan :
Bahan A :
1. Biarkan cream cheese dalam suhu bilik agar ia lembut.
Setelah lembut, putar cream cheese hingga hancur,
kemudian masukkan kuning telur dan gula kastor. Putar
lagi sehingga adunan kembang, lembut dan sebati.
2. Masukkan tepung jagung yag telah diayak bersama
sodium bikarbonat dan baking powder. Putar lagi.
3. Masukkan whipped cream, essen vanila dan jus oren
sunquick. Putar lagi sehingga adunan sebati dan tidak
berketul-ketul. Ketepikan.
Bahan B :
1. Campurkan putih telur dengan gula kastor dan cream of
tatar dalam bekas lain. (pastikan tiada sedikit pun sisa
kuning telur di dalam putih telur itu, jika tidak, putih telur
tidak akan kembang dengan sempurna)
2. Putar hingga putih telur kembang dengan sempurna
dan tidak jatuh jika diterbalikkan.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kaup balikkan
kedua-dua adunan tersebut hingga sebati menggunakan
pengaup plastik. (Jangan putar dengan mixer)
4. Masukkan adunan ke dalam loyang yang boleh
ditanggalkan permukaan tapaknya. (griskan loyang
terlebih dahulu dengan margerin dan tepung)
5. Bakar kek dalam oven dengan konsep 'double boil'
dengan suhu 200'C selama 2 jam. (Api atas sahaja. Jika
air dalam loyang pada lapisan bawah kering, tambah air)
6. Setelah kek masak, biarkan kek dalam oven dalam
keadaan pintu oven terbuka selama 1/2 jam. (untuk
mengelakkan kek bantat)
4. Setelah kek sejuk, keluarkan kek dengan cara
menterbalikkan loyang. Hias kek dengan blueberry filling
di atasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk. Enak
dimakan sejuk.
5. Boleh tambah biskut oreo hancur dalam adunan untuk
mendapatkan oreo cheese cake. (terpulang pada cita
rasa masing-masing)
Alkisahnya :
Saya belajar buat kek ini hasil usaha saya sendiri merujuk pelbagai resepi kek cheese. Antaranya resepi kek chesse Chef Wan tetapi kek cheese saya tetap tidak pernah menjadi. Setelah 11 kali cubaan (try and error), akhirnya saya berjaya juga membuat cheese kek yang gebu dan enak setelah saya mengubah suai resepi kek chesse yang ada dalam buku-buku resepi. Sebelum kek chesse saya 'menjadi', suami sayalah yang jadi tukang rasanya. Pernah dia memberitahu saya supaya berhenti membuat kek chesse kerana dia tidak larat lagi menghabiskan kek chesse saya yang tak menjadi tu. Saya tidak berputus asa dan kata-katanya menguatkan semangat saya lagi untuk terus menghasilkan kek chesse yang gebu dan enak. Akhirnya saya berjaya setelah cubaan yang ke-12..yeayyyy...kek chesse saya sangat gebu, enak dan terbaikkkk...(bukan riak ek....cuma terlampau seronok)...nak rasa? cubalah buat sendiri...selamat mencuba...