Dari Dapur Cikgu Zue

Sunday, December 1, 2013

Cheese Lapis Pesona






Bahan- Bahan :

A)  500 gm cream cheese (Philadelphia)

      1/2 cawan gula kastor 
      susu segar (agak-agak)
      2 peket biskut marry warna coklat

Cara Penyediaan :

Bahan A :
1.  Biarkan cream cheese dalam suhu bilik agar ia lembut. 
     Setelah lembut, putar cream cheese hingga hancur 
     bersama susu segar dan gula, Ketepikan.
2.  Lapik loyang atau bekas dengan plastik cerah supaya 
     kek tidak melekat pada loyang. (agar senang      
     dikeluarkan dari loyang)
3.  Panaskan susu segar.  Celupkan biskut marry ke dalam 
     susu segar kemudian atur biskut marry sekeping-
     sekeping sehingga menutupi bahagian dasar loyang.
4.  Letakkan cheese yang telah diputar tadi sebagai satu 
     lapisan di atas biskut marry.  Susun secara berselang-
     seli biskut marry dengan cheese putar sehingga habis.
5.  Lapisan paling atas ialah lapisan cheese putar.
6.  Hancurkan beberapa keping biskut marry menjadi 
     serbuk kemudian tabur di atas lapisan paling atas.
7.  Simpan kek yang telah siap di dalam peti ais sejuk beku 
     selama 7 jam atau semalaman.
8.  Potong kek dalam keadaan beku/keras.  Hidangkan. 
     Siap untuk dimakan.

Alkisahnya :


           Saya belajar buat kek ini daripada adik saya.  Anak-anak saya sangat gemar akan chesse lapis ini.  Nak buat pun tak rumit.  Selamat mencuba...

Monday, November 25, 2013

Blueberry Cheese Cake



Bahan- Bahan :

A)  500 gm cream cheese (Philadelphia)

      3/4 cawan gula kastor 
      6 biji kuning telur 
      1 cawan susu whipped cream / susu cair Ideal 
      3 sudu besar tepung gandum
      1 sudu kecil (rata) baking powder
      1 sudu kecil (rata) sodium bikarbonat
      1 sudu besar essen vanila
      2 sudu besar jus sunquick 
      

B)  6 biji putih telur
      1/4 cawan gula kastor
      1 sudu kecil cream of tatar


Cara Penyediaan :

Bahan A :
1.  Biarkan cream cheese dalam suhu bilik agar ia lembut. 
     Setelah lembut, putar cream cheese hingga hancur, 
     kemudian masukkan kuning telur dan gula kastor.  Putar
     lagi sehingga adunan kembang, lembut dan sebati.  
2.  Masukkan tepung gandum yag telah diayak bersama 
     sodium bikarbonat dan baking powder.  Putar lagi.
3.  Masukkan whipped cream, essen vanila dan jus oren
     sunquick. Putar lagi sehingga adunan sebati dan tidak 
     berketul-ketul. Ketepikan.

Bahan B :
1.  Campurkan putih telur dengan gula kastor dan cream of 
     tatar dalam bekas lain. (pastikan tiada sedikit pun sisa 
     kuning telur di dalam putih telur itu, jika tidak, putih telur 
     tidak akan kembang dengan sempurna)  
2.  Putar hingga putih telur kembang dengan sempurna
     dan tidak jatuh jika diterbalikkan. 
3.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A.  Kaup balikkan 
     kedua-dua adunan tersebut hingga sebati menggunakan
     pengaup plastik.  (Jangan putar dengan mixer)
4.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang boleh
     ditanggalkan permukaan tapaknya. (griskan loyang 
     terlebih dahulu dengan margerin dan tepung)
5.  Bakar kek dalam oven dengan konsep 'double boil' 
     dengan suhu 200'C selama 2 jam. (Api atas sahaja.  Jika 
     air  dalam loyang pada lapisan bawah kering, tambah air)
6.  Setelah kek masak, biarkan kek dalam oven dalam 
      keadaan pintu oven terbuka selama 1/2 jam. (untuk 
      mengelakkan kek bantat)
4.  Setelah kek sejuk, keluarkan kek dengan cara 
     menterbalikkan loyang.  Hias kek dengan blueberry filling
     di atasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk.  Enak 
     dimakan sejuk.
5.  Boleh tambah biskut oreo hancur dalam adunan untuk
     mendapatkan oreo cheese cake. (terpulang pada cita    
     rasa masing-masing)



Alkisahnya :


           Saya belajar buat kek ini hasil usaha saya sendiri merujuk pelbagai resepi kek cheese.  Antaranya resepi kek chesse Chef Wan tetapi kek cheese saya tetapi tidak pernah menjadi.  Setelah 11 kali cubaan (try and error), akhirnya saya berjaya juga membuat cheese kek yang gebu dan enak setelah saya mengubah suai resepi kek chesse yang ada dalam buku-buku resepi. Sebelum kek chesse saya 'menjadi', suami sayalah yang jadi tukang rasanya.  Pernah dia beritahu saya supaya berhenti membuat kek chesse kerana dia tidak larat lagi menghabiskan kek chesse saya yang tak menjadi tu. Saya tidak berputus asa dan kata-katanya menguatkan semangat saya lagi untuk terus menghasilkan kek chesse yang gebu dan enak.  Akhirnya saya berjaya setelah cubaan yang ke-12..yeayyyy...kek chesse saya sangat gebu, enak dan terbaikkkk...(bukan riak ek....cuma terlampau seronok)...nak rasa? cubalah buat sendiri...selamat mencuba...

Monday, November 4, 2013

Spagetthi Goreng Ala Barat...



Bahan-bahan :

1 peket spagetthi (rebus dan toskan)
1 peket kecil daging/ ayam kisar (jenama Ramly - jenama Azmy banyak lemak tapi kalau daging kisar sendiri lagi baik)
1 biji bawang besar (cincang halus)
3 ulas bawang putih
Cili kering yang telah dikisar
2 sudu besar mix herbs.
3-4 sudu butter untuk menumis
1/2 tin tamato puree 'Duchef'
1 batang carrot diparut sederhana halus (jika suka)


Cara Penyediaan :

1.  Tumis bawang putih dengan butter hingga naik bau, 
      kemudian tumis bawang besar  dan cili kering hingga 
      garing.
2.  Masukkan daging /ayam.  Biarkan hingga masak. 
     Masukkan mix herbs, gula dan garam.
3.  Masukkan spagetthi yang telah direbus serta tomato 
     puree. Kacau hingga  sebati. 
4.  Semasa dihidangkan, tabur chesse serbuk, bawang 
     goreng dan daun sup.  Sedia untuk dimakan.

Alkisahnya :

         Resepi ini saya reka sendiri (hentam saja).  Pada mulanya saya goreng lebihan spagetthi yang kehabisan sos spagetthi. Ternyata anak-anak suka, maka jadilah ia makanan kegemaran keluarga saya.  Rasanya sungguh sedap.  Selamat mencuba....

Tuesday, October 8, 2013

Lagsana Malaysia (Roti)

1 kilo daging kisar (kisar sendiri atau daging kisar Ramly)
1 kilo bawang besar (dikisar kasar)
1 labu bawang putih (tumbuk pecah-pecah)
1 kilo tomato buah (direbus kemudian dikisar kasar)
1 senduk kecil cili kering yang telah dikisar
2 tin tomato puree 'Duchef'
2 tin cendawan butang (dipotong nipis atau dipotong dadu)
3 sudu besar rempah spagetthi @
1 sudu besar Oregano,1 sudu besar Thyme dan 1 sudu besar Basil 
Sedikit gula
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :

1. Tumis bawang  putih dan cili kering sehingga  garing.
2.  Masukkan daging kisar.
3.  Kacau sehingga sebati.  Biarkan sebentar sehingga
     daging masak dan air daging merenih (air daging keluar)
4.  Masukkan rempah spagetthi atau thyme, basil dan 
     oregano.  Biarkan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, tomato kisar, cendawan butang
    dan tomato puree.  Kacau lagi sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit gula (sekadar untuk membangkitkan
    rasa sahaja) dan garam secukup rasa. 
7. Biarkan hingga masak.  Jika terlalu pekat, tambah sedikit
    air tapi pastikan kuah tidak cair.
8. Setelah masak, biarkan semalaman sebelum dihidangkan
    dengan spagetthi agar rasa kuah benar-benar mesra 
    (sebati atau berpalut - tidak berbau dan berasa bawang).


 B)  White Sauce
      1 liter susu segar
      2 sudu besar butter
      3 sudu besar tepung gandum
      1 peket kecil cheedar parut
      garam secukupnya
      white pepper
      * Campur semua bahan dan masak di atas api 
        sederhana. Kacau sehingga sos pekat.

C)   1 peket cheese cheedar keping
       1 peket cheese mozerella parut

Cara Penyediaan Bahan Celup Roti:

1.  5 biji telur di campur dengan satu tin susu cair.  Kacau 
     hingga sebati.
2.  Celukan kepingan roti ke dalam bancuhan telur-susu
     kemudian susun dalam hingga menutup permukaan 
     loyang.  

Cara Menyusun :
1.  Griskan bekas pembakar dengan margerin.
2.  Susun satu lapisan kepingan roti di permukaan
     bawah sekali.
3.  Tuang sos daging di atas lapisan roti.  Biarkan rata.
4.  Tuang white sos di atas lapisan sos daging.
5.  Susun pula kepingan roti di atas lapisan white sos.
6.  Ulang proses 2-5   hingga siap 4/5 lapisan.
7.  Tuang lebihan telur-susu cair di atas lapisan roti paling
     atas supaya roti kembang sepenuhnya.
7.  Susun cheese cheddar keping di atas lapisan paling 
     atas. 
8. Kemudian tabur cheese mozerella di atasnya hingga 
     menutupi seluruh permukaan.(jika suka lebih chesse)
9.  Bakar di dalam oven dengan suhu 150'C selama
     setengah jam.  Gunakan api atas sahaja. 
9.  Setelah masak, hidangkan dan siap untuk dimakan.


Sunday, September 8, 2013

Roti Jala


Bahan- Bahan :

1 kilo gandum
1 sudu kecil garam 
2 biji telur
2 sudu besar minyak masak
5 mug air
sedikit pewarna kuning telur


Cara Penyediaan :

1.  Campurkan semua bahan kemudian blend hingga 
     adunan menjadi halus.
2.  Panaskan kuali leper kemudian mulalah menjala.


Alkisahnya :


          

Wednesday, July 24, 2013

Lasagna


Bahan- Bahan :

A)  Sos Daging 

     
1 kilo daging kisar (kisar sendiri atau daging kisar Ramly)
1 kilo bawang besar (dikisar kasar)
1 labu bawang putih (tumbuk pecah-pecah)
1 kilo tomato buah (direbus kemudian dikisar kasar)
1 senduk kecil cili kering yang telah dikisar
2 tin tomato puree 'Duchef'
2 tin cendawan butang (dipotong nipis atau dipotong dadu)
3 sudu besar rempah spagetthi @
1 sudu besar Oregano,1 sudu besar Thyme dan 1 sudu besar Basil 
Sedikit gula
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :

1. Tumis bawang  putih dan cili kering sehingga  garing.
2.  Masukkan daging kisar.
3.  Kacau sehingga sebati.  Biarkan sebentar sehingga
     daging masak dan air daging merenih (air daging keluar)
4.  Masukkan rempah spagetthi atau thyme, basil dan 
     oregano.  Biarkan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, tomato kisar, cendawan butang
    dan tomato puree.  Kacau lagi sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit gula (sekadar untuk membangkitkan
    rasa sahaja) dan garam secukup rasa. 
7. Biarkan hingga masak.  Jika terlalu pekat, tambah sedikit
    air tapi pastikan kuah tidak cair.
8. Setelah masak, biarkan semalaman sebelum dihidangkan
    dengan spagetthi agar rasa kuah benar-benar mesra 
    (sebati atau berpalut - tidak berbau dan berasa bawang). 


B)  White Sauce
      1 liter susu segar
      2 sudu besar butter
      3 sudu besar tepung gandum
      1 peket kecil cheedar parut
      garam secukupnya
      white pepper
      * Campur semua bahan dan masak di atas api 
        sederhana. Kacau sehingga sos pekat.

C)   1 peket cheese cheedar keping
       1 peket cheese mozerella parut

Cara Penyediaan :

Didihkan air dalam periuk.  Masukkan sedikit minyak. Setelah air mendidih, tutup api. Rendam kepingan lagsana dalam air panas hingga lembut (masukkan sekeping demi sekeping
supaya kepingan lagsana tidak melekat antara satu sama lain).
* Walaupun di kotak 'instant' lagsana jenama San Remo ada arahan bahawa kepingan lagsana tidak perlu direbus, saya tetap merendamnya supaya lembut.  Saya pernah menggunakan 'instant' lagsana yang tidak dilembutkan terlebih dahulu, maka hasilnya sangat mengecewakan kerana kepingan lagsana tetap keras.

Bahan A :
1.  Tumis bawang putih dan cili kering hingga naik bau, 
2.   Kemudian masukkan bawang besar.
2.  Masukkan daging dan tambah sedikit air.  Biarkan hingga
     masak.  Masukkan mix herbs, gula dan garam.
3.  Masukkan tomato puree. Kacau hingga sebati. 
5.  Masak hingga sos pekat. Setelah masak, ketepikan.

Cara Menyusun :
1.  Griskan bekas pembakar dengan margerin.
2.  Susun satu lapisan kepingan lagsana di permukaan
     bawah sekali.
3.  Tuang sos daging di atas lapisan lagsana.  Biarkan rata.
4.  Tuang white sos di atas lapisan sos daging.
5.  Susun pula kepingan lagsana di atas lapisan white sos.
6.  Ulang proses 2-5   hingga siap 4/5 lapisan.
7.  Susun cheese cheddar keping di atas lapisan paling 
     atas. 
8. Kemudian tabur cheese mozerella di atasnya hingga 
     menutupi seluruh permukaan (jika suka cheese lebih)
8.  Bakar di dalam oven dengan suhu 150'C selam setengah
     jam.  Gunakan api atas sahaja. 
9.  Setelah masak, hidangkan dan siap untuk dimakan.

--------------------------------


Alkisahnya :


           

Pasta With Cheezy White Sauce











Bahan- Bahan :

A)  1 peket pasta

      
B)  White Cheezy Sauce
      1 tin susu cair Ideal
      1/2 tin chicken & mushroom soup 
      1 tin air
       2 sudu besar butter
       1/2 peket cheedar parut
        garam secukup rasa
        white pepper
      
Cara Penyediaan :

Bahan A :
1.  Rebus pasta sehingga lembut.  (Masukkan sedikit minyak
     masak ke dalam air sebelum rebus pasta agar pasta tidak
     melekat)

Bahan B :
1.  Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang 
     sederhana hingga pekat.  
2.  Curahkan sos ke dalam pasta.  Siap untuk dimakan. 

   
Alkisahnya :