Dari Dapur Cikgu Zue

Wednesday, July 24, 2013

Lasagna


Bahan- Bahan :

A)  Sos Daging 

     
1 kilo daging kisar (kisar sendiri atau daging kisar Ramly)
1 kilo bawang besar (dikisar kasar)
1 labu bawang putih (tumbuk pecah-pecah)
1 kilo tomato buah (direbus kemudian dikisar kasar)
1 senduk kecil cili kering yang telah dikisar
2 tin tomato puree 'Duchef'
2 tin cendawan butang (dipotong nipis atau dipotong dadu)
3 sudu besar rempah spagetthi @
1 sudu besar Oregano,1 sudu besar Thyme dan 1 sudu besar Basil 
Sedikit gula
Garam secukup rasa


Cara Penyediaan :

1. Tumis bawang  putih dan cili kering sehingga  garing.
2.  Masukkan daging kisar.
3.  Kacau sehingga sebati.  Biarkan sebentar sehingga
     daging masak dan air daging merenih (air daging keluar)
4.  Masukkan rempah spagetthi atau thyme, basil dan 
     oregano.  Biarkan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, tomato kisar, cendawan butang
    dan tomato puree.  Kacau lagi sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit gula (sekadar untuk membangkitkan
    rasa sahaja) dan garam secukup rasa. 
7. Biarkan hingga masak.  Jika terlalu pekat, tambah sedikit
    air tapi pastikan kuah tidak cair.
8. Setelah masak, biarkan semalaman sebelum dihidangkan
    dengan spagetthi agar rasa kuah benar-benar mesra 
    (sebati atau berpalut - tidak berbau dan berasa bawang). 


B)  White Sauce
      1 liter susu segar
      2 sudu besar butter
      3 sudu besar tepung gandum
      1 peket kecil cheedar parut
      garam secukupnya
      white pepper
      * Campur semua bahan dan masak di atas api 
        sederhana. Kacau sehingga sos pekat.

C)   1 peket cheese cheedar keping
       1 peket cheese mozerella parut

Cara Penyediaan :

Didihkan air dalam periuk.  Masukkan sedikit minyak. Setelah air mendidih, tutup api. Rendam kepingan lagsana dalam air panas hingga lembut (masukkan sekeping demi sekeping
supaya kepingan lagsana tidak melekat antara satu sama lain).
* Walaupun di kotak 'instant' lagsana jenama San Remo ada arahan bahawa kepingan lagsana tidak perlu direbus, saya tetap merendamnya supaya lembut.  Saya pernah menggunakan 'instant' lagsana yang tidak dilembutkan terlebih dahulu, maka hasilnya sangat mengecewakan kerana kepingan lagsana tetap keras.

Bahan A :
1.  Tumis bawang putih dan cili kering hingga naik bau, 
2.   Kemudian masukkan bawang besar.
2.  Masukkan daging dan tambah sedikit air.  Biarkan hingga
     masak.  Masukkan mix herbs, gula dan garam.
3.  Masukkan tomato puree. Kacau hingga sebati. 
5.  Masak hingga sos pekat. Setelah masak, ketepikan.

Cara Menyusun :
1.  Griskan bekas pembakar dengan margerin.
2.  Susun satu lapisan kepingan lagsana di permukaan
     bawah sekali.
3.  Tuang sos daging di atas lapisan lagsana.  Biarkan rata.
4.  Tuang white sos di atas lapisan sos daging.
5.  Susun pula kepingan lagsana di atas lapisan white sos.
6.  Ulang proses 2-5   hingga siap 4/5 lapisan.
7.  Susun cheese cheddar keping di atas lapisan paling 
     atas. 
8. Kemudian tabur cheese mozerella di atasnya hingga 
     menutupi seluruh permukaan (jika suka cheese lebih)
8.  Bakar di dalam oven dengan suhu 150'C selam setengah
     jam.  Gunakan api atas sahaja. 
9.  Setelah masak, hidangkan dan siap untuk dimakan.

--------------------------------


Alkisahnya :


           

Pasta With Cheezy White Sauce











Bahan- Bahan :

A)  1 peket pasta

      
B)  White Cheezy Sauce
      1 tin susu cair Ideal
      1/2 tin chicken & mushroom soup 
      1 tin air
       2 sudu besar butter
       1/2 peket cheedar parut
        garam secukup rasa
        white pepper
      
Cara Penyediaan :

Bahan A :
1.  Rebus pasta sehingga lembut.  (Masukkan sedikit minyak
     masak ke dalam air sebelum rebus pasta agar pasta tidak
     melekat)

Bahan B :
1.  Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang 
     sederhana hingga pekat.  
2.  Curahkan sos ke dalam pasta.  Siap untuk dimakan. 

   
Alkisahnya :

           

Tuesday, July 16, 2013

Ketupat Sotong

Bahan- Bahan :

15 ekor sotong sederhana besar

5 sudu besar beras pulut
3 biji santan pekat
2 helai daun pandan
Gula merah / 3 keping besar nisei kerek (manis secukup rasa)
Secubit garam


Cara Penyediaan :


1.   Cuci beras pulut, kemudian rendam lebih kurang satu
      jam.
2.   Bersihkan sotong. Toskan beras pulut.
3.   Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong.  Isikan 3/4
      bahagian sahaja, kemudian klip hujung perut sotong 
      dengan lidi kecil agar beras pulut tidak keluar. (Jika beras
      pulut diisi terlalu penuh, beras pulut akan menjadi terlalu
        padat dan tidak akan masak dengan sempurna, malah
      sotong akan menjadi keras). 
4.  Masukkan santan di dalam periuk diikuti  gula merah, 
     secubit garam, sotong dan daun pandan.  Masak sotong
     hingga masak dan kuah menjadi pekat.  Pastikan api 
     sederhana agar santan tidak pecah minyak.
6.  Hidangkan. Ketupat sotong siap untuk dimakan. 
     

Alkisahnya :


           Ketupat sotong ini juga merupakan makanan tradisional orang Kelantan.  Anak-anak saya sangat suka akan ketupat sootng ini.  Saya pasti semua orang Kelantan tahu buat benda ini, kalau tidak, bukan orang Kelantanlah dia...hehehhe...Walaupun anak-anak saya suka sangat ketupat sotong, saya hanya membuatnya pada bulan puasa sahaja...hehehe.  Rasanya? Sedap sangatttt....cubalah...

Wednesday, July 10, 2013

Pengat Butir Nangka

Bahan- Bahan :

1 paket tepung pulut

Sedikit pewarna hijau atau merah
1 biji santan
1 sudu kecil biji halba
Gula
Secubit garam
Secubit kapur

Cara Penyediaan :


1.  Gaul tepung pulut dengan air dan secubit kapur hingga
     menjadi doh (pastikan doh tidak melekat ditangan)
2.  Tambah sedikit pewarna hijau atau merah.
3.  Gentel doh sebesar biji nangka dan masak di dalam air 
     mendidih.  Doh yang terapung menunjukkan doh telah 
     masak.  Keluarkan doh yang telah masak, kemudian 
     masukkan ke dalam bekas yang berisi air agar doh tidak 
     melekat sesama sendiri.
4.  Masak santan dengan gula di dalam periuk.  Masukkan
     secubit garam, sesudu kecil  biji halba serta dua helai 
     daun pandan.
5. Masukkan doh ke dalam santan.  Masak dengan api kecil 
     hingga santan mendidih.
6.  Hidangkan.  Pengat biji nangka siap untuk dimakan. 
     

Alkisahnya :


           Pengat biji nangka ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan.  Anak-anak saya sangat suka akan pengat biji nangka ini.  Saya pasti semua orang Kelantan tahu buat benda ini, kalau tidak, bukan orang Kelantanlah dia...hehehhe...Walaupun anak-anak saya suka sangat pengat ini, saya hanya membuatnya pada bulan puasa sahaja...hehehe.  Rasanya? Sedap sangatttt....cubalah...

Bubur Lambuk (versi Penang)

Bahan- Bahan :

Udang (kupas kulit dan isinya dipotong dadu)

Isi ayam (dipotong dadu)
Udang kering (dikisar halus)
2 tin cendawan butang (dipotong dadu)
6 batang serai 
2 labu bawang besar /  10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
2 biji santan pekat
Daun kesom / daun limau purut
Garam secukup rasa
Dua sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)

Cara Penyediaan :


1.  Cuci udang dan ayam kemudian toskan.
2.  Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai.       
     Toskan airnya. 
3.  Tumis bahan kisar  dan udang  kering di dalam periuk 
     hingga garing dan naik bau.
4.  Masukkan isi ayam.  Goreng isi ayam hingga masak.
     Setelah itu ketepikan bahan tumis.
5.  Masak nasi di dalam periuk lain.  Lebihkan sukatan
     air untuk mendapatkan nasi lembik. Masukkan juga air  
     daripada bahan yang telah dikisar.
6.  Apabila nasi mula mendidih, kacau nasi berterusan agar
     nasi hancur.  Jika nasi pekat, tambah air.
7.  Setelah nasi betul-betul sudah hancur, masukkan bahan 
     tumisan ke dalam periuk diikuti isi udang dan cendawan 
     butang. Kacau hingga sebati.
8. Kemudian masukkan garam, lada hitam, serbuk perasa 
   (maggi secukup rasa), santan dan daun kesom / daun limau 
    purut.  Kacau lagi hingga sebati.
9. Hidangkan di dalam mangkuk.  Tabur ikan bilis goreng dan 
    bawang goreng sebagai hiasan.
10. Siap untuk dimakan...pasti terangkat!!!!    

Alkisahnya :


           Resepi bubur lambuk ini saya belajar daripada seorang rakan guru semasa saya mengajar di STBM dahulu.  Kalau ikut resepinya, beliau juga memasukkan kacang merah ke dalam bubur.  Saya tidak memasukkan kacang merah sebab saya tidak menggemarinya.  Saya juga mengubah suai sedikit resepi yang asal supaya 'kena' dengan selera saya sekeluarga.

               Bubur lambuk ini merupakan hidangan kegemaran anak-anak dan suami saya pada bulan puasa. Kalau anak-anak saya demam dan tiada selera makan, saya juga akan memasakkan bubur lambuk ini untuk mereka. Jika saya  memasak bubur lambuk ini dalam bulan puasa, saya akan memasaknya dalam kuantiti yang banyak untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran terdekat.  Jiran-jiran saya yang terdiri daripada rakan-rakan guru di sekolah saya sangat suka bubur lambuk saya ini terutamanya anak-anak mereka.  Menurut mereka, rasa bubur lambuk saya ini lain daripada yang lain.  Atas permintaan anak-anak mereka, mereka meminta resepi daripada saya untuk memasaknya sendiri di rumah. Bubur lambuk yang saya bagi tak cukup, kata salah seorang rakan saya...hehehhe, mesti sedap sangatlah tu kan....Kalau anda nak tahu sedap atau tidak bubur lambuk saya ni, cubalah resepi saya ini ya...