Dari Dapur Cikgu Zue

Monday, November 25, 2013

Blueberry Cheese Cake



Bahan- Bahan :

A)  500 gm cream cheese (Philadelphia)

      3/4 cawan gula kastor 
      6 biji kuning telur 
      1 cawan susu whipped cream / susu cair Ideal 
      3 sudu besar tepung gandum
      1 sudu kecil (rata) baking powder
      1 sudu kecil (rata) sodium bikarbonat
      1 sudu besar essen vanila
      2 sudu besar jus sunquick 
      

B)  6 biji putih telur
      1/4 cawan gula kastor
      1 sudu kecil cream of tatar


Cara Penyediaan :

Bahan A :
1.  Biarkan cream cheese dalam suhu bilik agar ia lembut. 
     Setelah lembut, putar cream cheese hingga hancur, 
     kemudian masukkan kuning telur dan gula kastor.  Putar
     lagi sehingga adunan kembang, lembut dan sebati.  
2.  Masukkan tepung gandum yag telah diayak bersama 
     sodium bikarbonat dan baking powder.  Putar lagi.
3.  Masukkan whipped cream, essen vanila dan jus oren
     sunquick. Putar lagi sehingga adunan sebati dan tidak 
     berketul-ketul. Ketepikan.

Bahan B :
1.  Campurkan putih telur dengan gula kastor dan cream of 
     tatar dalam bekas lain. (pastikan tiada sedikit pun sisa 
     kuning telur di dalam putih telur itu, jika tidak, putih telur 
     tidak akan kembang dengan sempurna)  
2.  Putar hingga putih telur kembang dengan sempurna
     dan tidak jatuh jika diterbalikkan. 
3.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A.  Kaup balikkan 
     kedua-dua adunan tersebut hingga sebati menggunakan
     pengaup plastik.  (Jangan putar dengan mixer)
4.  Masukkan adunan ke dalam loyang yang boleh
     ditanggalkan permukaan tapaknya. (griskan loyang 
     terlebih dahulu dengan margerin dan tepung)
5.  Bakar kek dalam oven dengan konsep 'double boil' 
     dengan suhu 200'C selama 2 jam. (Api atas sahaja.  Jika 
     air  dalam loyang pada lapisan bawah kering, tambah air)
6.  Setelah kek masak, biarkan kek dalam oven dalam 
      keadaan pintu oven terbuka selama 1/2 jam. (untuk 
      mengelakkan kek bantat)
4.  Setelah kek sejuk, keluarkan kek dengan cara 
     menterbalikkan loyang.  Hias kek dengan blueberry filling
     di atasnya. Masukkan ke dalam peti sejuk.  Enak 
     dimakan sejuk.
5.  Boleh tambah biskut oreo hancur dalam adunan untuk
     mendapatkan oreo cheese cake. (terpulang pada cita    
     rasa masing-masing)



Alkisahnya :


           Saya belajar buat kek ini hasil usaha saya sendiri merujuk pelbagai resepi kek cheese.  Antaranya resepi kek chesse Chef Wan tetapi kek cheese saya tetap tidak pernah menjadi.  Setelah 11 kali cubaan (try and error), akhirnya saya berjaya juga membuat cheese kek yang gebu dan enak setelah saya mengubah suai resepi kek chesse yang ada dalam buku-buku resepi. Sebelum kek chesse saya 'menjadi', suami sayalah yang jadi tukang rasanya.  Pernah dia memberitahu saya supaya berhenti membuat kek chesse kerana dia tidak larat lagi menghabiskan kek chesse saya yang tak menjadi tu. Saya tidak berputus asa dan kata-katanya menguatkan semangat saya lagi untuk terus menghasilkan kek chesse yang gebu dan enak.  Akhirnya saya berjaya setelah cubaan yang ke-12..yeayyyy...kek chesse saya sangat gebu, enak dan terbaikkkk...(bukan riak ek....cuma terlampau seronok)...nak rasa? cubalah buat sendiri...selamat mencuba...

Monday, November 4, 2013

Spagetthi Goreng Ala Barat...



Bahan-bahan :

1 peket spagetthi (rebus dan toskan)
1 peket kecil daging/ ayam kisar (jenama Ramly - jenama Azmy banyak lemak tapi kalau daging kisar sendiri lagi baik)
1 biji bawang besar (cincang halus)
3 ulas bawang putih
Cili kering yang telah dikisar
2 sudu besar mix herbs.
3-4 sudu butter untuk menumis
1/2 tin tamato puree 'Duchef'
1 batang carrot diparut sederhana halus (jika suka)


Cara Penyediaan :

1.  Tumis bawang putih dengan butter hingga naik bau, 
      kemudian tumis bawang besar  dan cili kering hingga 
      garing.
2.  Masukkan daging /ayam.  Biarkan hingga masak. 
     Masukkan mix herbs, gula dan garam.
3.  Masukkan spagetthi yang telah direbus serta tomato 
     puree. Kacau hingga  sebati. 
4.  Semasa dihidangkan, tabur chesse serbuk, bawang 
     goreng dan daun sup.  Sedia untuk dimakan.

Alkisahnya :

         Resepi ini saya reka sendiri (hentam saja).  Pada mulanya saya goreng lebihan spagetthi yang kehabisan sos spagetthi. Ternyata anak-anak suka, maka jadilah ia makanan kegemaran keluarga saya.  Rasanya sungguh sedap.  Selamat mencuba....