Bahan- Bahan :
15 ekor sotong sederhana besar
5 sudu besar beras pulut
3 biji santan pekat
2 helai daun pandan
Gula merah / 3 keping besar nisei kerek (manis secukup rasa)
Secubit garam
Cara Penyediaan :
Alkisahnya :
15 ekor sotong sederhana besar
5 sudu besar beras pulut
3 biji santan pekat
2 helai daun pandan
Gula merah / 3 keping besar nisei kerek (manis secukup rasa)
Secubit garam
Cara Penyediaan :
1. Cuci beras pulut, kemudian rendam lebih kurang satu
jam.
2. Bersihkan sotong. Toskan beras pulut.
3. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong. Isikan 3/4
bahagian sahaja, kemudian klip hujung perut sotong
dengan lidi kecil agar beras pulut tidak keluar. (Jika beras
pulut diisi terlalu penuh, beras pulut akan menjadi terlalu
padat dan tidak akan masak dengan sempurna, malah
sotong akan menjadi keras).
4. Masukkan santan di dalam periuk diikuti gula merah,
secubit garam, sotong dan daun pandan. Masak sotong
hingga masak dan kuah menjadi pekat. Pastikan api
sederhana agar santan tidak pecah minyak.
6. Hidangkan. Ketupat sotong siap untuk dimakan.
Alkisahnya :
Ketupat sotong ini juga merupakan makanan tradisional orang Kelantan. Anak-anak saya sangat suka akan ketupat sootng ini. Saya pasti semua orang Kelantan tahu buat benda ini, kalau tidak, bukan orang Kelantanlah dia...hehehhe...Walaupun anak-anak saya suka sangat ketupat sotong, saya hanya membuatnya pada bulan puasa sahaja...hehehe. Rasanya? Sedap sangatttt....cubalah...
No comments:
Post a Comment