Sunday, September 8, 2013
Wednesday, July 24, 2013
Lasagna
A) Sos Daging
1 kilo daging kisar (kisar sendiri atau daging kisar Ramly)
1 kilo bawang besar (dikisar kasar)
1 labu bawang putih (tumbuk pecah-pecah)
1 kilo tomato buah (direbus kemudian dikisar kasar)
1 senduk kecil cili kering yang telah dikisar
2 tin tomato puree 'Duchef'
2 tin cendawan butang (dipotong nipis atau dipotong dadu)
3 sudu besar rempah spagetthi @
1 sudu besar Oregano,1 sudu besar Thyme dan 1 sudu besar Basil
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :
1. Tumis bawang putih dan cili kering sehingga garing.
2. Masukkan daging kisar.
3. Kacau sehingga sebati. Biarkan sebentar sehingga
daging masak dan air daging merenih (air daging keluar)
4. Masukkan rempah spagetthi atau thyme, basil dan
oregano. Biarkan sebentar.
5. Masukkan bawang besar, tomato kisar, cendawan butang
dan tomato puree. Kacau lagi sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit gula (sekadar untuk membangkitkan
rasa sahaja) dan garam secukup rasa.
7. Biarkan hingga masak. Jika terlalu pekat, tambah sedikit
air tapi pastikan kuah tidak cair.
8. Setelah masak, biarkan semalaman sebelum dihidangkan
dengan spagetthi agar rasa kuah benar-benar mesra
(sebati atau berpalut - tidak berbau dan berasa bawang).
B) White Sauce
1 liter susu segar
2 sudu besar butter
3 sudu besar tepung gandum
1 peket kecil cheedar parut
garam secukupnya
white pepper
* Campur semua bahan dan masak di atas api
sederhana. Kacau sehingga sos pekat.
C) 1 peket cheese cheedar keping
1 peket cheese mozerella parut
Cara Penyediaan :
Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit minyak. Setelah air mendidih, tutup api. Rendam kepingan lagsana dalam air panas hingga lembut (masukkan sekeping demi sekeping
supaya kepingan lagsana tidak melekat antara satu sama lain).
* Walaupun di kotak 'instant' lagsana jenama San Remo ada arahan bahawa kepingan lagsana tidak perlu direbus, saya tetap merendamnya supaya lembut. Saya pernah menggunakan 'instant' lagsana yang tidak dilembutkan terlebih dahulu, maka hasilnya sangat mengecewakan kerana kepingan lagsana tetap keras.
Bahan A :
1. Tumis bawang putih dan cili kering hingga naik bau,
2. Kemudian masukkan bawang besar.
2. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Biarkan hingga
masak. Masukkan mix herbs, gula dan garam.
3. Masukkan tomato puree. Kacau hingga sebati.
5. Masak hingga sos pekat. Setelah masak, ketepikan.
Cara Menyusun :
1. Griskan bekas pembakar dengan margerin.
2. Susun satu lapisan kepingan lagsana di permukaan
bawah sekali.
3. Tuang sos daging di atas lapisan lagsana. Biarkan rata.
4. Tuang white sos di atas lapisan sos daging.
5. Susun pula kepingan lagsana di atas lapisan white sos.
6. Ulang proses 2-5 hingga siap 4/5 lapisan.
7. Susun cheese cheddar keping di atas lapisan paling
atas.
8. Kemudian tabur cheese mozerella di atasnya hingga
menutupi seluruh permukaan (jika suka cheese lebih)
8. Bakar di dalam oven dengan suhu 150'C selam setengah
jam. Gunakan api atas sahaja.
9. Setelah masak, hidangkan dan siap untuk dimakan.
--------------------------------

Pasta With Cheezy White Sauce

Bahan- Bahan :
A) 1 peket pasta
B) White Cheezy Sauce
1 tin susu cair Ideal
1/2 tin chicken & mushroom soup
1 tin air
2 sudu besar butter
1/2 peket cheedar parut
garam secukup rasa
white pepper
Cara Penyediaan :
Bahan A :
1. Rebus pasta sehingga lembut. (Masukkan sedikit minyak
masak ke dalam air sebelum rebus pasta agar pasta tidak
melekat)
Bahan B :
1. Campurkan semua bahan dan masak di atas api yang
sederhana hingga pekat.
2. Curahkan sos ke dalam pasta. Siap untuk dimakan.
Alkisahnya :

Tuesday, July 16, 2013
Ketupat Sotong
Bahan- Bahan :
15 ekor sotong sederhana besar
5 sudu besar beras pulut
3 biji santan pekat
2 helai daun pandan
Gula merah / 3 keping besar nisei kerek (manis secukup rasa)
Secubit garam
Cara Penyediaan :
Alkisahnya :
15 ekor sotong sederhana besar
5 sudu besar beras pulut
3 biji santan pekat
2 helai daun pandan
Gula merah / 3 keping besar nisei kerek (manis secukup rasa)
Secubit garam
Cara Penyediaan :
1. Cuci beras pulut, kemudian rendam lebih kurang satu
jam.
2. Bersihkan sotong. Toskan beras pulut.
3. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong. Isikan 3/4
bahagian sahaja, kemudian klip hujung perut sotong
dengan lidi kecil agar beras pulut tidak keluar. (Jika beras
pulut diisi terlalu penuh, beras pulut akan menjadi terlalu
padat dan tidak akan masak dengan sempurna, malah
sotong akan menjadi keras).
4. Masukkan santan di dalam periuk diikuti gula merah,
secubit garam, sotong dan daun pandan. Masak sotong
hingga masak dan kuah menjadi pekat. Pastikan api
sederhana agar santan tidak pecah minyak.
6. Hidangkan. Ketupat sotong siap untuk dimakan.
Alkisahnya :
Ketupat sotong ini juga merupakan makanan tradisional orang Kelantan. Anak-anak saya sangat suka akan ketupat sootng ini. Saya pasti semua orang Kelantan tahu buat benda ini, kalau tidak, bukan orang Kelantanlah dia...hehehhe...Walaupun anak-anak saya suka sangat ketupat sotong, saya hanya membuatnya pada bulan puasa sahaja...hehehe. Rasanya? Sedap sangatttt....cubalah...
Labels:
Dessert
Wednesday, July 10, 2013
Pengat Butir Nangka
Bahan- Bahan :
1 paket tepung pulut
Sedikit pewarna hijau atau merah
1 biji santan
1 sudu kecil biji halba
Gula
Secubit garam
Secubit kapur
Cara Penyediaan :
Alkisahnya :
1 paket tepung pulut
Sedikit pewarna hijau atau merah
1 biji santan
1 sudu kecil biji halba
Gula
Secubit garam
Secubit kapur
Cara Penyediaan :
1. Gaul tepung pulut dengan air dan secubit kapur hingga
menjadi doh (pastikan doh tidak melekat ditangan)
2. Tambah sedikit pewarna hijau atau merah.
3. Gentel doh sebesar biji nangka dan masak di dalam air
mendidih. Doh yang terapung menunjukkan doh telah
masak. Keluarkan doh yang telah masak, kemudian
masukkan ke dalam bekas yang berisi air agar doh tidak
melekat sesama sendiri.
4. Masak santan dengan gula di dalam periuk. Masukkan
secubit garam, sesudu kecil biji halba serta dua helai
daun pandan.
5. Masukkan doh ke dalam santan. Masak dengan api kecil
hingga santan mendidih.
6. Hidangkan. Pengat biji nangka siap untuk dimakan.

Pengat biji nangka ini merupakan makanan tradisional orang Kelantan. Anak-anak saya sangat suka akan pengat biji nangka ini. Saya pasti semua orang Kelantan tahu buat benda ini, kalau tidak, bukan orang Kelantanlah dia...hehehhe...Walaupun anak-anak saya suka sangat pengat ini, saya hanya membuatnya pada bulan puasa sahaja...hehehe. Rasanya? Sedap sangatttt....cubalah...
Labels:
Dessert
Bubur Lambuk (versi Penang)
Bahan- Bahan :
Udang (kupas kulit dan isinya dipotong dadu)
Isi ayam (dipotong dadu)
Udang kering (dikisar halus)
2 tin cendawan butang (dipotong dadu)
6 batang serai
2 labu bawang besar / 10 ulas bawang merah
1 labu bawang putih
2 inci halia
1 kotak kecil santan kara
Daun kesom / daun limau purut
Garam secukup rasa
Dua sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat)

1. Cuci udang dan ayam kemudian toskan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai.
Toskan airnya.
3. Tumis bahan kisar dan udang kering di dalam periuk
hingga garing dan naik bau.
4. Masukkan isi ayam. Goreng isi ayam hingga masak.
Setelah itu ketepikan bahan tumis.
5. Masak nasi di dalam periuk lain. Lebihkan sukatan
air untuk mendapatkan nasi lembik. Masukkan juga air
daripada bahan yang telah dikisar.
6. Apabila nasi mula mendidih, kacau nasi berterusan agar
nasi hancur. Jika nasi pekat, tambah air.
7. Setelah nasi betul-betul sudah hancur, masukkan bahan
tumisan ke dalam periuk diikuti isi udang dan cendawan
butang. Kacau hingga sebati.
8. Kemudian masukkan garam, lada hitam, serbuk perasa
(maggi secukup rasa), santan dan daun kesom / daun limau
purut. Kacau lagi hingga sebati.
(maggi secukup rasa), santan dan daun kesom / daun limau
purut. Kacau lagi hingga sebati.
9. Hidangkan di dalam mangkuk. Tabur ikan bilis goreng dan
bawang goreng sebagai hiasan.
bawang goreng sebagai hiasan.
10. Siap untuk dimakan...pasti terangkat!!!!
Alkisahnya :
Resepi bubur lambuk ini saya belajar daripada seorang rakan guru semasa saya mengajar di STBM dahulu. Kalau ikut resepinya, beliau juga memasukkan kacang merah ke dalam bubur. Saya tidak memasukkan kacang merah sebab saya tidak menggemarinya. Saya juga mengubah suai sedikit resepi yang asal supaya 'kena' dengan selera saya sekeluarga.
Bubur lambuk ini merupakan hidangan kegemaran anak-anak dan suami saya pada bulan puasa. Kalau anak-anak saya demam dan tiada selera makan, saya juga akan memasakkan bubur lambuk ini untuk mereka. Jika saya memasak bubur lambuk ini dalam bulan puasa, saya akan memasaknya dalam kuantiti yang banyak untuk diagih-agihkan kepada jiran-jiran terdekat. Jiran-jiran saya yang terdiri daripada rakan-rakan guru di sekolah saya sangat suka bubur lambuk saya ini terutamanya anak-anak mereka. Menurut mereka, rasa bubur lambuk saya ini lain daripada yang lain. Atas permintaan anak-anak mereka, mereka meminta resepi daripada saya untuk memasaknya sendiri di rumah. Bubur lambuk yang saya bagi tak cukup, kata salah seorang rakan saya...hehehhe, mesti sedap sangatlah tu kan....Kalau anda nak tahu sedap atau tidak bubur lambuk saya ni, cubalah resepi saya ini ya...

Friday, June 14, 2013
Gulai Darat Dengan Umbut Kelapa...
Bahan- Bahan :
2 kilo daging cincang (yang banyak lemak lagi best)
2 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
1 ketul lengkuas (diketuk)
6 batang serai (diketuk)
3-4 keping asam keping
1/2 keping nisan (gula Melaka)
5 sudu besar rempah gulai darat ( rempah kerutuk atau rempah kari pun boleh juga)
3 sudu besar cili kering / serbuk cili
3 sudu besar kerisik
Garam
1/2 kilo santan
Cara Penyediaan :
1. Cuci daging dan toskan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
3. Masukkan daging di dalam periuk.
4. Masukkan bahan kisar, rempah, cili kering, lengkuas,
serai, asam keping, nisan, dan garam ke dalam
periuk yang berisi daging. Gaulkan hingga sebati.
Biarkan / perap selama lebih kurang sejam hingga keluar
air daging kemudian masak dengan api kecil hingga
mendidih (untuk mati awas). Biarkan semalaman (untuk
mendapatkan rasa yang lebih sedap).
5. Esoknya, masukkan santan dan umbut kelapa. Masak
dengan sempurna kemudian hidangkan...Yummy...macam
gulai kenduri gitu....
6. Kalau hendak lagi sedap dan terangkat, masukkan budu
ke dalam gulai ini...perghhhh...(orang Kelantan memang
masukkan budu dalam gulai nih)...
Alkisahnya :
Cuti sekolah pertengahan tahun baru-baru ini, saya telah pulang ke kampung di Wakaf Che Yeh. Saya bertolak dari Ampang lebih kurang pukul 10 pagi hari Sabtu dan sampai di WCY pada malamnya kerana kami sekeluarga pulang melalui jalan Kuantan - Terengganu. Kebetulannya, pada hari Ahad, abah saya mengupah orang dan menyewa jentolak untuk membersihkan kawasan tapak rumah saya (bersebelahan rumah kakak saya). Di tapak itu, terdapat tujuh batang pokok kelapa yang ditanam oleh Abah saya. Ketujuh-tujuh pokok kelapa itu mesti ditebang kerana saya berhajat untuk mendirikan rumah di tapak itu (entah bila). Kami mengambil dua batang umbut kelapa daripada dua batang pokok kelapa yang ditebang. Selebihnya kami memberikan kepada kenalan dan orang kampung / jiran. Sebenarnya, umbut kelapa daripada tujuh batang pokok kelapa itu boleh dimasak gulai untuk kenduri satu kampung. Air kelapa muda pula, kami jadikan 'coconut shake'. Fuh, enak sungguh 'coconut shake' yang dibuat oleh anak lelaki saya, Danial. Pendek kata, kami menikmati 'coconut shake sepuas-puasnya, maklumlah kelapa muda berlambak-lambak. Daripada sebatang umbut kelapa, saya potong kepada empat bahagian. Dua bahagian sudah saya masak di rumah Umi saya di Wakaf Che Yeh, sebahagian lagi disimpan di rumah umi saya, manakala sebahagian lagi saya bawa pulang ke Ampang. Sebatang lagi umbut kelapa belum diproses. Baru hari ini saya berkesempatan memasaknya untuk dibawa ke sekolah dan makan beramai-ramai dengan kawan-kawan. Kawan-kawan puji sedapppp...dan rasanya macam gulai kenduri kawah di Kelantan....cubalah...Malam ini, suami saya makan nasi tiga pinggan dek penangan gulai darat umbut kelapa nih...Tak percaya? Cubalah...
Subscribe to:
Posts (Atom)